Friday, January 1, 2010

Sinar Rembulan



Malam tadi sewaktu duduk di balkoni melayan angin malam saya terperasan bulan mengambang yg sangat bulat dan cerah dan hanya dikelilingi awan nipis. Bergegas saya masuk ke dalam mengambil kamera dan mendirikan tripod utk mengabadikan gambar bulan tersebut sebab kalau lambat pasti awan berat akan mula berarak dan melitupi sinaran tersebut. Snap yg pertama gambar tak menjadi dan bulan jadi kembang dgn cahaya pecah disekelilingnya. Maklumlah, ini kali pertama shoot gambar bulan cerah hehe. Waktu tu saya guna ApertureValue Mode dgn ISO100 dan set aperture yg paling kecil iaitu F40 dan saya gunakan metering 'Center-weighted'. Lepas tu saya tukar aperture besarkan sedikit guna common F-stop iaitu F8 dan tukar metering ke Spot', barulah gambar menjadi. Dapat shoot lebih kurang 6 shots, awan dah mula masuk tutup bulan. Nasib baiklah saya sempat shoot Sinar Rembulan saya hehe.




2 comments:

cantik dan kemas gambar bulan ni. sebelum ni ada juga ambil tapi tak berapa elok.
cuba nak memahami tip yang anda beri tu, ada yg tidak difahami, tapi tak mengapa akan bertanya pada rakan.
info yang berguna tu untuk ambil gambar bulan

cantiknya ...

seyes ...rasa nak pegang bulan tu

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More