Amazing Moments

I shot the fireworks during New Year Eve Countdowns at Putrajaya Lakeside. The moments when the lights exploded was just amazing.

I made it!

I thought I don't have the energy anymore. But finally I made it to the top of Broga Hill

Check out Dari Dapur CT !

Cute Burgerlicious. One out of Hundreds of delicious recipes in www.sitidelima.com

Cameraholic !

Yes you can call me that. But I just can't take my hands off from the lovely vintage cameras. Day by day, my collections keep growing!

Everlasting Memories

I just can't forget the happiness spent with all my friends during many of our holiday trips together. We met and become friends through blogging world but indeed we are closed like a family!

Saturday, September 25, 2010

Reviving the Nostalgia



Semalam semasa saya membelek-belek website jual-beli peralatan kamera, saya ternampak satu iklan menjual peralatan kamera filem. Saya agak tertarik kerana harganya yg sangat berpatutan. Namun demikian faktor utama saya ingin memilikinya adalah untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi. Tambahan pula, dari iklan tersebut beliau menyatakan kesemua peralatan tersebut dijaga dengan baik dan semuanya berfungsi dgn baik. Saya tak tunggu lama terus menghubungi nombol penjual yg tertera di iklan tersebut dan menetapkan tempat utk berjumpa. Petang itu juga selepas habis waktu bekerja, kami terus melangsaikan urusan jual-beli. Ternyata penjual tersebut adalah dari zaman-zaman saya bermain kamera filem juga, jadi pertemuan kami jadi sangat menyeronokkan dgn perbualan yg menyingkap kembali permainan fotografi berunsur filem.

Mungkin disebabkan chemistry di antara kami, beliau kemudiannya menjual peralatan tersebut kepada saya dgn harga yg sangat murah. Alhamdulillah, saya rasa amat bersyukur. Namun demikian, dari kesemua item yg beliau jual, saya hanya dapat memiliki 3 item sahaja semalam seperti gambar dibawah iaitu Canon EOS 5, Canon Speedlite 540EZ & Lens Sigma 70-300 f4-5.6 APO Macro Super, yang kesemuanya dijual kepada saya dgn harga borong iaitu $300. Dua item lagi iaitu Lens Sigma 28-135 f3.8-5.6 Macro dan Teleconverter Tamron 2x TC akan saya dapatkan pada minggu hadapan.

Saya tidak bercadang nak beli tambahan dua item tersebut pada mulanya, tapi bila dah balik rumah rasa menyesal pula kalau tak beli sekaligus utk melengkapkan koleksi peralatan kamera SLR automatik filem saya dan tambahan pula beliau bersetuju menjual kedua-dua item tersebut dgn harga borong iaitu $100 sahaja!

Canon EOS 5



Canon Speedlite 540EZ & Sigma 70-300mm f4-5.6 APO Macro Super


Canon EOS 50

Canon EOS 50 kat atas ni adalah milik saya sendiri yg saya beli hampir 10 tahun yg lepas. Nasib baik saya tak jual dulu. Kini dapatlah saya gandingkan sebagai sebahagian dari koleksi Kamera SLR Filem automatik saya.

Nota kaki: Ketiga-tiga item tersebut saya dapat nego dgn harga borong $300 (harga diiklankan utk ketiga-tiganya adalah $500). Menurut penjual tersebut, Lens Sigma 70-300 f4-5.6 APO Macro Super tersebut tidak boleh Autofocus (AF) pada kamera SLR Digital, tapi hanya boleh berfungsi pada SLR Filem. Itu antara sebab beliau menjualnya pada harga yg murah. Tapi bila saya cuba pada DSLR D40 saya semalam, ternyata AF Function dapat berfungsi. Harga pasaran 'second-hand' utk lens tersebut sekitar RM650 - RM750. Alhamdulillah, saya sangat beruntung! Berlebih-lebihlah saya tak sabar nak dapatkan lens yg satu lagi tu pada minggu depan.


Updated as at 29-Sep-2010:
Seperti yg dijanjikan, semalam saya bertemu semula penjual tersebut utk melangsaikan niat hati saya memborong tambahan dua item lagi seperti yg saya sebutkan di atas.



Lens Sigma 28-135mm f3.8-5.6 Macro Aspherical


Tamron Teleconverter 2x (kiri) & Extension Tube 2x (kanan)


Nota kaki: Lens Sigma dan Teleconverter Tamron tu saya dapat nego dgn harga borong $100 (harga diiklankan utk kedua-dua item tersebut adalah $300). Extension Tube 2x itu pula diberi percuma kepada saya. Lens sigma tu saya letakkan dalam bekas kedap udara yg telah di'kering'kan bersama lens didalamnya terlebih dahulu didalam Dry Cabinet utk membuang humidity didalamnya. Dengan cara itu dapatlah saya letak lens tu dalam almari pameran tanpa bimbang lens akan dijangkiti Fungus.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More