Amazing Moments

I shot the fireworks during New Year Eve Countdowns at Putrajaya Lakeside. The moments when the lights exploded was just amazing.

I made it!

I thought I don't have the energy anymore. But finally I made it to the top of Broga Hill

Check out Dari Dapur CT !

Cute Burgerlicious. One out of Hundreds of delicious recipes in www.sitidelima.com

Cameraholic !

Yes you can call me that. But I just can't take my hands off from the lovely vintage cameras. Day by day, my collections keep growing!

Everlasting Memories

I just can't forget the happiness spent with all my friends during many of our holiday trips together. We met and become friends through blogging world but indeed we are closed like a family!

Sunday, July 26, 2009

Pepatung

Omputeh kata, "practice make perfect". Ertinya kalau kita kerap berlatih, lama-lama kita akan jadi cekap. Kalau kita tinggalkan sesuatu bidang tu tanpa digilap, lama2 ia akan semakin tumpul. Itulah yg saya rasa sekarang. Saya terasa seperti kreativiti saya dah semakin tumpul. Rasa agak tersekat2 dan inspirasi sangat lambat utk membungakan idea, tak macam dulu-dulu. Nampaknya saya kena semakin rajin 'menembak' utk menggilap kembali idea yg dah semakin berkarat. Semoga saya akan mempunyai lebih masa terluang nanti, Amin...

Gambar pepatung kat bawah ni saya ambil masa saya berjalan2 ambil angin petang tadi di Taman Metropolitan Kepong bersama Siti dan Haqim. Yg kelakarnya masa nak shoot pepatung tu, dia asyik lari jer sebab saya cuba mendekatinya sedekat yg boleh, maklumlah senapang saya tak cukup panjang dan tiada stabilizer. Tambahan pula saya tak bawak tripod, jadi terpaksalah shoot dengan menopang lens saya pada kepala lutut utk mengurangkan goyang. Inilah bahananya bila ingin berkreatif dengan peralatan yg terlalu asas. Kalaulah saya ada lens yg lebih tajam, laju dan pantas... Namun buat masa ini saya sekadar dapat berpuashati dengan peralatan yg sekadarnya saja utk terus berekspresi.. sedihnya...


Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com

Sunday, July 19, 2009

An Evening At Pavillion

Petang tadi saya dan isteri pergi ke Pavillion. Hasrat sebenarnya adalah utk menonton Transformers buat kali yg keduanya, namun gagal kerana tiket habis. Terus saya ajak CT meronda-ronda disekitar Pavillion, Bukit Bintang dan setelah itu kami melepak di Starbuck. Di luar Pavillion saya ternampak Water Fountain yg agak mecuri perhatian. Nasib baiklah saya bawa kamera bersama, dapatlah saya mengabadikan sedikit gambar Pancutan Air tersebut yg diambil dalam dua waktu yg berlainan. Pertamanya sewaktu langit masih cerah dan selepas itu bila hari dah gelap sebelum kami balik. Tapi sebelum melepak di Starbuck, sempat juga saya merakam aksi 'Silver Man' yg beraksi dgn street shownya di hadapan Sg Wang Plaza.

The Colours of Water

Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com


Centre of Attraction
Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com


My Other Half...
Image Hosted by FileHive.com

Friday, July 10, 2009

Cactus in Rim Lights

Saya tak bekerja hari ni sebab dapat cuti ganti disebabkan saya terpaksa bekerja hari Sabtu yg lepas. Mula-mula saya ingat nak claim elaun tapi lepas tu saya saja bukak mulut tanya kat big boss kalau saya tak nak claim boleh tak ganti dgn 1 hari cuti. Surprisingly dia kata no problem hehe. Tu yg saya bangun lambat sikit hari ni. Lepas mandi je matahari dah meninggi dan ternampak pulak pokok kaktus mini saya kat balkoni dipanah terik mentari pagi. Tu yg tergatal tangan nak shoot. Dah 2 minggu kamera saya terperap dalam Dry Cabinet jer sebab takde masa nak berekspresi dgn foto. Tapi hasilnya kurang memuaskan sebab cahaya dah terlalu keras dan lens saya pula tidak dipasang polarizer filter. Apapun, lepaslah gian saya sekejap nak menembak hehe.

Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More