Amazing Moments

I shot the fireworks during New Year Eve Countdowns at Putrajaya Lakeside. The moments when the lights exploded was just amazing.

I made it!

I thought I don't have the energy anymore. But finally I made it to the top of Broga Hill

Check out Dari Dapur CT !

Cute Burgerlicious. One out of Hundreds of delicious recipes in www.sitidelima.com

Cameraholic !

Yes you can call me that. But I just can't take my hands off from the lovely vintage cameras. Day by day, my collections keep growing!

Everlasting Memories

I just can't forget the happiness spent with all my friends during many of our holiday trips together. We met and become friends through blogging world but indeed we are closed like a family!

Wednesday, August 4, 2010

Kuala Lumpur Rat Race 2010



Saya tak pernah shoot gambar yg mana subjeknya sports event seperti marathon dan sebagainya. Semalam adalah percubaan saya yg pertama. Rupanya tak mudah juga nak capture moment yg menarik dgn subjek yg bergerak pantas seperti perlumbaan KL Rat Race 2010 yg berlangsung semalam. Kebetulan pula semalam saya bawa kamera ke ofis sebab bos mintak tolong kat saya cover sket majlis business seminar kat ofis, so alang-alang dah bawak tu saya dgn sorang lagi kawan saya turun ke bawah shoot event tu sebelum balik.






Sunday, August 1, 2010

Senja Di Putrajaya



Dua minggu lepas saya outing dgn kawan2 photog shoot scenery di Sg. Tua Ulu Yam. Jadi semalam saya ajak pulak isteri saya outing temankan saya ke Putrajaya hehe. Cadangnya nak shoot sunset di area berdekatan kawasan tasik Putrajaya. Tapi boleh pulak semalam masa nak pergi tu hujan turun, jadi tenggelam teruslah matahari yg saya harap2kan untuk memberi subjek sunset yg saya nak shoot tu. Jadi alang2 dah sampai, jadi saya tunggu aje lah sampai senja berlabuh. Tak dapat shoot sunset, dapat shoot reflections cahaya lampu bangunan dan jambatan putrajaya pun jadilah. Selain tu, shoot gambar isteri saya sikit.






Sebelum balik, saya ajak isteri saya singgah ke medan selera bersebelahan Masjid Putrajaya untuk makan malam. Kebanyakan gerai dah hampir tutup, jadi kami settledown dgn chicken chop di Secret Recipe aje. Lepas perut dah terisi, kami ambil angin di luar di ruang legar berhadapan tasik sambil selit2 kan sikit aksi isteri saya lagi hehe.





Wednesday, July 28, 2010

Natural versus Artificial ROL



Sekadar nak share gambar kat atas nie. Sebelum tu, dalam entri kat bawah nie, gambar yg saya ambil masa outing di Sg. Tua Ulu Yam sebelum ni kaya dgn natural ROL, kerana pada masa kami pergi tu cuaca sejuk berkabus baru lepas hujan pada 2, 3 hari sebelumnya. Tapi pada masa saya shoot lagi pada outing yg kedua minggu lepas, cuaca sangat cerah dan panas 2,3 hari sebelumnya. Jadi.. tak adalah kabus, justeru tak adalah juga natural ROL. Agak hampalah juga sebab niat tak tercapai. Tapi disebabkan hajat hati nak abadikan gambar dengan ROL juga, jadi saya edit dan tambahkan artificial ROL pada gambar yg saya shoot ni menggunakan aplikasi photoshop. Hmmmm.. menarik juga hasilnya..

Saturday, July 10, 2010

Jeram Sg. Tua, Ulu Yam Selangor



Dah lama giler saya tak update blog saya nie. Dan dah lama giler juga saya tak bermain dengan kamera saya. Nasib baik simpan dalam dry cabinet. Kalau letak kat luar je dah lekat fungus agaknya. Maklumlah, busy tahap gaban.

Semalam, bila kawan saya mengajak utk outing ambik gambar ke jeram sungai berdekatan area selangor, saya tak berfikir panjang lantas terus bersetuju. Kami bertolak awal pagi dan tiba di jeram Sg. Tua lebih kurang pukul 7:45 pagi. Setibanya kami di lokasi yg dituju, kabus pagi masih lagi berbaki. Jadi dapatlah kami mengabadikan beberapa shots gambar yg mengandungi Ray of Lights yg asli. Jika berkesempatan lagi, saya pasti akan menyusul utk sesi yg kedua pula sebab itulah pengalaman pertama saya mengambil gambar scenery dalam hutan yg mengakibatkan saya rasa bercelaru dan jadi kurang kreatif utk berekspresi. InsyaAllah saya akan menyusul utk outing kedua nanti jika berpeluang sebab outing yg ini saya rasa kurang berpuas hati.


















Sunday, March 21, 2010

Fireworks at Putrajaya



Gambar bunga api ni di ambil semasa pesta Hot Air Balloon yg berlangsung di Putrajaya semalam. Gambar agak kurang menarik disebabkan framing yg agak ketat. Masa tu saya tak sure bunga api akan ditembak dari mana. Jadi saya dok menunggu ditepi tasik sambil kamera dah siap2 difokus dan diarahkan ke kawasan hot air balloon tersebut. Tiba-tiba bila bunga api ditembak, rupanya lokasi ia diletuskan ialah dari seberang kawasan tasik. Kelam kabut pusingkan tripod dan mula memetik shutter. Hasilnya, jarak composition yg pendek, tak dapat nak include persekitaran disebabkan lens tak cukup wide.






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More