Amazing Moments

I shot the fireworks during New Year Eve Countdowns at Putrajaya Lakeside. The moments when the lights exploded was just amazing.

I made it!

I thought I don't have the energy anymore. But finally I made it to the top of Broga Hill

Check out Dari Dapur CT !

Cute Burgerlicious. One out of Hundreds of delicious recipes in www.sitidelima.com

Cameraholic !

Yes you can call me that. But I just can't take my hands off from the lovely vintage cameras. Day by day, my collections keep growing!

Everlasting Memories

I just can't forget the happiness spent with all my friends during many of our holiday trips together. We met and become friends through blogging world but indeed we are closed like a family!

Friday, December 18, 2009

Superimpose Technique



Lanjutan dari entri di bawah, oleh kerana saya tak dapat buat outdoor shooting semasa wedding anak saudara isteri saya tu, jadi saya buatkan satu gambar superimpose guna photoshop. Bukan superimpose kepala guna kat badan lain, tapi superimpose kepada latar-belakang lain. Saya cantumkan gambar pengantin tu dgn gambar saya masa kat Bukit Tinggi hari tu. Ye lah, daripada takde langsung gambar outdoor, dapat sekeping gambar outdoor yg di create sendiri pun jadilah hehe....

Gambar Asal

Monday, December 14, 2009

Selamat Pengantin Baru buat Ika & Amy




Ini entri sempena 'sumbangan' saya pada anak saudara isteri saya yg melangsungkan perkahwinannya pada hari Sabtu yg lepas di Pontian, Johor. Tak sangka pulak selepas lebih 5 tahun saya bersara dari wedding photo job, kakak ipar saya tu tiba-tiba membuka mulut bertanya kalau-kalau saya boleh mengambil gambar kahwin anak perempuan tunggal beliau. Sebenarnya saya agak keberatan sedikit tapi bila beliau bersungguh-sungguh menyuarakan hasrat tersebut kerana tiada peruntukan utk wedding photog, tak sampai hati pula saya hendak menolaknya. Soalan pertama yg di ajukan kepada saya sebaik saya tiba adalah "ada bawak kamera tak Mat?" hehe.. sabar ajelah. Saya tiba setelah majlis nikah tamat, dan hati saya sedikit terkilan bila saya dapat tahu tiada jurugambar yg merakamkan majlis nikah tersebut. Majlis perkahwinan tersebut dibuat dengan sangat sederhana dengan undangan tetamu yg kecil yg terdiri daripada kawan2 rapat kepada ayah pengantin dan keluarga terdekat kepada ibu dan ayah pengantin perempuan sahaja.Oleh kerana keadaan rumah yg agak sempit, saya pada mulanya bercadang nak bawa pengantin keluar ke kawasan berdekatan utk membuat outdoor shoot selepas majlis selesai tapi nasib tidak menyebelahi kami disebabkan hujan mulai turun. Tiada rezeki utk berposing shoot di luar, saya sekadar dapat berpuas hati dengan memetik beberapa shot di atas pelamin saja.














Wednesday, November 25, 2009

Selamat Datang Orang Baru!



Setelah berhari-hari tak lena tidur malam, buah hati yg saya tunggu-tunggu akhirnya sampai juga ke riba. Alahai, macam bebudak dapat permainan baru je lagaknya saya ni. Al maklum sajalah.. cuma orang 'gila kamera' macam saya je yg paham perasaan macam saya ni hehe. Ini pun kira dah kurang sikit ni. Dulu masa muda remaja, kalau dapat kamera cenggini, mau tidur pun saya kepit kat sebelah saya hehe.

Buah hati yg baru ni agak besar bila dibanding dgn DSLR yg lama tu, macam bapak dgn anak. Bila diangkat dan digenggam pun rasa solid sangat-sangat. Tak macam EOS 1000D yg dulu. Mana taknya, 1000D tu bodynya plastic, yg EOS 40D ni pulak bodynya guna magnesium alloy. Tu yg berat cam bata je tu. Bila dah attach dgn battery grip dan lens, beratnya dah jadi 2kg. Alahai, alamat lenguhlah lengan saya kalau shoot lama-lama nanti. Tapi.. itu pun kalau ada masa nak berekspresi dgn gear baru ni. Kalau dok busy memanjang, maknanya bertapa kat dalam dry cabinet ajelah buah hati baru saya ni hehe.






P/S - Mahal sungguh nak menyara hobi fotografi ni, tapi dah minat saya ke situ, nak buat macamana.. ye tak :)

Tuesday, November 17, 2009

Bon Voyage My Darling

Setelah bersama semenjak 28 June 2009 akhirnya kami terpaksa berpisah juga. Yang saya maksudkan ialah DSLR 1000D saya. Saya masih ingat lagi ketika saya mula-mula hendak membeli kamera dizaman SLR guna filem dulu. Saat mula2 duit dah cukup utk membeli kamera, pada malam tu saya dok resah semacam tak sabar nak tunggu esok menjelang. Keghairahan dan excitement nak menyerbu kedai kamera tu sangat tidak tergambar dengan kata-kata. Hanya orang yg gila kamera seperti saya saja yg tahu bagaimana perasaannya. Pendek kata sebelum dapat tu, asyik dok terbayang jer. Makan tak kenyang, mandi tak basah. Macam orang gatal nak berbini saja lagaknya hehe. Bila dah dapat dan dibawa balik kerumah pulak, rasa macam nak bawak tidur sama setiap masa. Celik je mata mesti nak pandang kat kamera tu. Dibelai-belai sayang macam belai bini pulak hehe. Tapi itu dulu, dah berzaman berlalu cerita tu. Sekarang ni, walaupun dah kurang excitementnya, namun sikit2 perasaan tu masih ada lagi tersisa seperti waktu saya membeli DSLR 1000D saya 4 bulan yg lepas. Cuma tak kemarok macam dulu2.

Hari ni, bulat tekad saya utk melepaskan kamera DSLR pertama saya tu. Saya menjaganya cukup baik sehingga dibelikan rumah khas utk dia (Dry Cabinet). Saya ingatkan jodoh saya dengannya akan panjang, rupa-rupanya tak sampai setengah tahun saya dah ceraikan dia talak tiga. Memang ini penyakit biasa yg akan melanda orang gila kamera. Susah nak hentikan tabiat meng'upgrade'. Asyik gatal je hati tu bila terpandang model yg lebih tinggi. Walaupun berat rasa hati nak melepaskan 'gundik' lama tapi demi 'gundik' baru yg bakal dilamar tak lama lagi, terpaksalah saya relakan kepergiannya. Selamat tinggal wahai 1000D ku. Selamat datang pula wahai 40D.


Kenangan terakhir 1000D saya sebelum dibungkus seperti asal. sob..sob..


Berbungkus seperti mula2 saya mendapatnya dulu utk berpindah ke tangan pemilik yg baru.

Sunday, October 18, 2009

Se Petang di Sawah padi



Lama juga saya tak update gambar terbaru di blog ni. Kesibukan kerja benar-benar mengekang waktu saya utk berekspresi dgn lensa kamera saya. Namun demikian saya berkesempatan juga utk memanaskan kamera saya sekejap di sawah padi di Kuala Selangor siang tadi. Tapi tak banyak shot yg saya petik sebab sinar matahari yg terlalu terik. Tambahan pula saya kesana tanpa perancangan awal. Tujuan ke sana adalah utk memenuhi permintaan isteri saya yg teringin sangat hendak melihat sawah padi. Setahu saya kalau nak tengok bendang, boleh pergi ke Kuala Selangor, Sekinchan atau Sabak Bernam. Lepas sarapan pagi tadi terus saya tanya isteri saya nak pergi tengok sawah padi tak? Tersenyum lebar dia mendengar pelawaan saya. Terus saya search Google Map utk tengok jalan ke Kuala Selangor. Saya tak pernah lagi memandu hingga ke kawasan sebelah sana jadi lebih baik saya tinjau dipeta dulu. Sedikit sebanyak dapatlah membantu saya nanti.

Lebih kurang pukul 1:30 tengahari tadi saya dan isteri bersama anak bungsu saya keluar dari rumah. Saya tiba di Kuala Selangor lebih kurang 1 jam lima belas minit kemudian. Tapi setiba saya disana saya tak nampak kelibat walau sepetak sawah padi pun dari laluan utama jalanraya. Namun demikian saya teruskan juga memandu menuju ke Sabak Bernam kalau-kalau ternampak nanti bolehlah saya membelok masuk. Namun setelah menghampiri Sekinchan iaitu separuh perjalanan ke Sabak Bernam, saya hampir-hampir berputus-asa dan ingin berpatah balik kerana seperti tiada bayang-bayang sawah padi pun yg kelihatan. Namun berkat kesabaran, 2 minit selepas itu saya ternampak seperti kelibat kehijauan sawah sewaktu saya menoleh ke kanan jalan. Terus saya perlahankan kereta dan mencari jalan utk berpatah balik dan masuk ke simpang jalan tersebut. Alhamdulilah termakbul hajat saya utk merealisasikan impian isteri saya utk melihat bendang dan memegang rumpun padi.Saya turut rasa seronok dan pasti akan kembali ke sana semula suatu masa nanti untuk 'menembak' lagi.











Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More