Isnin hingga Rabu yang lepas saya telah ke Melaka. Sebenarnya itu percutian yang tidak dirancang. Maklumlah, disebabkan komitmen projek yang baru saja selesai bulan August yang lepas barulah saya dapat mengambil cuti. Bagaimanapun bila saya mula mencari hotel untuk destinasi cuti bulan lepas semuanya sudah fully booked. Kemudian saya teringat sebuat Service Apartment iaitu Garden City Service Apartment di Bandar Hilir Melaka yang juga memberikan perkhidmatan penginapan hotel yang pernah saya menginap setahun yang lepas. Tak bertangguh saya cuba call dan nasib baik tarikh yang saya rancang tu masih ada kekosongan jadi terus saya tempah untuk 3 hari 2 malam. Melaka adalah antara destinasi percutian kegemaran saya, tak tahu kenapa. Berikut adalah antara gambar-gambar pemandangan yang sempat saya rakam sepanjang di sana.